KEPAKARAN DALAM MEMBANGUNKAN TANAH WAKAF MELALUI ISTIBDAL : KES DI MAJLIS AGAMA DAN ADAT
ISTIADAT MELAYU KELANTAN (MAIK)
Zahri Hamat
Dalam membangunkan tanah wakaf melalui istibdal, terdapat beberapa perkara teknikal yang memerlukan kepakaran. Persoalannya, apakah pegawai-pegawai di MAIK mempunyai kepakaran tersebut? Jika pegawai-pegawai MAIK tidak mempunyai kepakaran tersebut, maka bagaimanakah persoalan ini dapat ditangani? Di samping itu, demi untuk kemaslahatan ummah, bagaimanakah MAIK melalui istibdal dapat mengambil manfaat dengan memperoleh harta baru yang boleh mendatangkan pendapatan, bukan sekadar menggantikan harta baru itu sama dengan harta yang telah diwakafkan? Hal ini turut memerlukan kepakaran teknikal. Berdasarkan analisis kandungan, kertas kerja ini cuba menjawab ketiga-tiga persoalan yang ditimbulkan di atas.
Kata kunci:
harta wakaf, istibdal, kepakaran, maslahah ammah
KEDUDUKAN KERANGKA TEORITIS
SISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN WAKAF BERTERASKAN ISLAM (SPPWBI)
Mohamad Salleh Abdullah
Kepelbagaian teori, model
dan pendekatan berkaitan dengan sistem penyampaian perkhidmatan konvensional
yang sering digunakan hendaklah dirujuk secara berhati-hati terutama dalam
konteks pengkajian tentang Islam. Dengan kepelbagaian latar belakangnya,
terutama dalam kepercayaan, budaya dan alam sekitar di antara perspektif Islam
dan konvensional, pembinaan satu kerangka teoretis berteraskan Islam adalah
sangat-sangat diperlukan. Walau bagaimanapun, sorotan karya yang dikaji
menunjukkan kurangnya pembinaan kerangka teoretis sistem penyampaian
perkhidmatan yang berteraskan kepada tasawur, epistemologi dan ontologi Islam.
Walaupun terdapat usaha untuk menerangkan sistem penyampaian perkhidmatan Islam
dari segi teori, namun begitu teras falsafahnya masih bergantung kuat kepada
latar belakang dan metodologi konvensional. Berdasarkan keadaan tersebut wujud
keperluan untuk membina kerangka teoretis SPPWBI yang benar-benar mengikut
acuan Islam. Walau bagaimanapun untuk membina perkara tersebut, perlulah
diperincikan terlebih dahulu kedudukan kerangka teoretis SPPWBI tersebut, sama
ada sudah wujud kerangka teoretis tersebut, ataupun jika belum, apakah
kemungkinan adanya asas-asas berkaitan yang mungkin boleh dijadikan sebagai
panduan dalam membina kerangka teoretis SPPWBI. Kertas kerja ini bertujuan
untuk melihat kedudukan kerangka teoretis tersebut. Bagi mencapai maksud
tersebut, perbincangan akan dilakukan dengan meneliti maklumat dan data-data sekunder
terutama penulisan, jurnal dan artikel serta kajian lepas dan sorotan karya
berkenaan topik berkaitan. Hasil analisis mendapati setakat ini belum terdapat
kedudukan kerangka teoretis yang boleh disifatkan sebagai kukuh dan mantap,
yang boleh dijadikan asas dan pertimbangan dalam membentuk kerangka teoretis
SPPWBI yang diinginkan.
INCREASING INDONESIANS’ AWARENESS AND
ACTIVE ROLES TO ACHIEVE THE MILLENNIUM DEVELOPMENT GOALS (MDGS) 4 AND 5 THROUGH
ISLAMIC COMMUNICATIONS STRATEGY
Yuliandre Darwis
The
life cycles
of
every human being are inseparable from the development. In this case
the national development are conducted by the government in an effort to
improve the welfare of the people, one of them visible from the agreement of
the Millennium Development Goals (MDGs) is agreed by the Heads of State
conducted started in last September of 2000. Achievement of the MDGs agreement
targets in Indonesia for 2015 at this time still visible is not maximized
because they still lack an active role and awareness from the society itself. The society has a vital position in
development as agent of development, both as development subject or development
object, so can be said that the society it’s a major aspect from development.
Therefore, this research focused on the two targets of MDS, the target of 4 is:
reducing child mortality and target of 5: improve maternal health. The both
selection of this target is due the mother and child is part of the family
which is the society foundation of a state. Indonesia is a large country and
geographically widespread. So, the effort in socializing this Program,
Government should encouraged public involvements and influential organizations
to support. The key success of this program is public awareness and active
participation of Indonesia society in this regard relates to the health of
mothers and pregnant women to reduce child mortality. In an effort to increase
of awareness and active role of public in target achieving of MDGs 4 and 5,
Central Government, which in this case is supported by the Special Team, that
is MDGs Team, must be accompanied by a communication strategy. Communication
has very important role in delivering the information to be easily accepted and
understood by the public. Considering, the Indonesia is a country with a Muslim
majority, then one of the communication strategies that can support this
program is through a strategy of Islamic Communication Strategy, among others,
is by way of da'wah, broadcast feel of Islamic, in cooperation with the Islamic
religious figures, as well as cooperation with the da'wah agency.
PEMAKAIAN ENDORSER SEBAGAI SUMBER
DAYA MANUSIA DALAM PERIKLANAN : TINJAUAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Teuku Meldi
Kesuma
Kertas kerja ini bertumpu pada perbincangan tentang penggunaan endorser atau imej profil sebagai sumber daya manusia dalam iklan. Hal ini didasari karena pertumbuhan periklanan yang cukup pesat. Periklanan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan di negara yang majoriti Muslim mesti diyakini dan difahami merupakan bahagian penting dalam pengurusan urusniaga yang sepatutnya berteraskan Islam, sehingga hal itu tidak boleh dipisahkan. Di sebalik saling berlumba-lumbanya pengeluar dan perkhidmatan menggunakan iklan sebagai cara promosi, iklan juga sudah menjauhi nilai-nilai Islam terutama dalam hal menggunakan endorser atau duta yang biasanya seorang artis atau orang terkenal sebagai objek penarik suatu iklan. Namun demikian yang menjadi pertanyaan, apakah endorser boleh menjadi penarik suatu iklan? Bagaimanakah pula menurut nilai-nilai Islam bila menggunakan endorser dalam iklan?. Oleh yang demikian, objektif kajian ini untuk mengenalpasti peranan endorser didalam periklanan dan menganalisis peran endorser dalam periklanan berdasarkan perspektif Islam. Kajian ini akan bersumber pada data sekunder serta mengunakan analisis deskriptif dan analisis kandungan. Dapatan kajian ini dijangka boleh menjelaskan salah satu kriteria periklanan dari perspektif Islam.
THE SPIRITUAL HARBINGER IN ISLAMIC
ASSET MANAGEMENT: A THEORETICAL ASSESSMENT OF THE NEEDS
Shereeza Mohamed Saniff
This
paper aims to provide a theoretical assessment on the needs for a spiritual
harbinger in any Islamic Asset Management product and services. It stems out from
the foundation of Islamic-based development based on the Islamic worldview
founded on Islamic epistemology from whence the concept of the spiritual man as
servant of the Creator and khalifah (vicegerent) on this earth emanate.
These concepts are the foundations in Actors of Islamic Development. This paper
looks at the evolution of the role of the Islamic Asset Manager as Actors of
Islamic Development and then examines the concept of Actors of Islamic
Development that are prone to fluctuations of faith and desires. Is there a
need for Islamic Asset Managers to manage their spiritual development? Should
this need for spiritual development be made an agenda of their career
development path? Library research is
mainly used to obtain the various concepts and assessment applied to in this
paper with textual analysis carried out. The findings show that an Islamic
Asset Manager needs to have a ground understanding of the application of asset
management and thereafter the Shariah-compliant aspects thereof while aspects
of the intangibles such as faith and desires are usually neglected.
BUSINESS ETHICS IN ISLAMIC AND
ECONOMIC PERSPECTIVE
Abdul
Quddus Suahib
Muhammad
Abbas
Economic development of a country depends on its business ethics and values. Islamic teachings provide obvious guidelines in this regard. Mutual understanding, honesty and ethics possess central place in Islamic teachings. These teachings not only prohibit from amalgamation, black-marketing, hoarding and deception but also force to treat a customer amiably. Business ethics are broad spectrum in Islamic society due to these high moral values. One can estimate the importance of business ethics in Islam for economic development in Islamic society is evident by the Hadith of Prophet Muhammad (PBUH) in which He excluded a trader from Muslim community who did not behave in good manners with his clients. In this study we present impact of business ethics on economic development of a Muslim society. This study is based on basic teachings of Quran and Sunnah, Fiqh, Econonomics and other books. Using surveys, this study explores the behavior of Muslim traders and reveals useful inferences. Policy makers, traders, academia, scholars and general public may learn lessons from this study with respect to the relationship of business ethics and economic benefits.
HISBAH
DALAM
PENGURUSAN ISLAM: FALSAFAH DAN ETIKA PELAKSANAAN
Azrin
binti Ibrahim
Kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti kedudukan Hisbah dalam pengurusan Islam. Kedua, mengemukakan falsafah dan etika pelaksanaan Hisbah menurut perspektif pengurusan Islam. Kajian ini penting dilakukan memandangkan Hisbah merupakan salah satu komponen utama dalam melaksanakan pengurusan secara Islam. Sejarah menunjukkan institusi Hisbah pernah menjadi institusi utama dalam sejarah pemerintahan pemimpin Islam terdahulu terutamanya pada era Abbasiyah. Pelaksanaan Hisbah secara efisyen dan istiqamah dilihat mampu menjamin ketelusan dan kemampuan sesebuah pengurusan dalam mencapai matlamatnya. Namun begitu, persoalan utama harus dijawab. Apakah falsafah pelaksanaan Hisbah dalam menjayakan sesebuah pengurusan Islam? Apakah pula etika yang harus diikuti dan dicontohi dalam memastikan Hisbah dapat dilaksanakan dengan jayanya? Kertas kerja ini secara umumnya berhasrat mencari jawapan kepada persoalan-persoalan ini. Maklumat kertas kerja ini diperoleh menerusi pendekatan kajian perpustakaan. Ia dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Dapatan daripada analisis ini membawa kepada rumusan bahawa falsafah Hisbah dalam pengurusan Islam adalah bertitik tolak daripada hakikat Allah SWT adalah Pencipta dan manusia hanyalah makhluk yang diciptakan. Manakala etika Hisbah harus ditunjangi oleh konsep muhasabah al-nafs dan konsep ini harus didukung oleh lima prinsip utama. Akhirnya, kertas kerja ini menemui bahawa falsafah dan etika Hisbah harus difahami dan dilaksanakan secara holistik agar matlamat hakiki pengurusan Islam dapat dicapai.
HISBAH, PUBLIC MORALITY AND HUMAN
DEVELOPMENT WITH REFERENCE TO KANO STATE, NIGERIA
Habib
Muhammad Hizqil
The Shari’ah introduction in Northern Nigeria raised the demand for an institution that will be charged with responsibility of the implementation of Shari’ah and speedy societal reorientation in the affected states. The same demand applies to Kano being one of the Northern states where Shari’ah was introduced. However, the task of Hisbah institution in Shari’ah implementation is enormous considering long years spent under secular system. The Institution of Hisbah since its inception in Kano state has been putting efforts towards implementing Shari’ah from various dimensions. Therefore, the objective of the study is to examine the role of Hisbah in the areas of public morality and human development in Kano state. This study argues that despite many constraints, which include conflict between Shari’ah on one hand and secular constitution, laws and jurisdiction on the other, the institution records tremendous achievements in the areas of public morality, which have positive impact on the management of human development from the Islamic perspective. Hisbah plays a significant role in the abolition of prostitution, selling and consumption of alcohol and other intoxicants, which used to be prevalent in many parts of the state. These and other social vices constitute the source of moral decadence among youths thus, destroy their physical and spiritual potentialities, and render them unproductive. The study uses reports from published books, journals, as well as documentary and other statistical records from the Kano State Hisbah Board.
AN ISLAMIC PERSPECTIVE ON EDUCATIONAL
LEADERSHIP
Hailan Salamun
Saeeda Shah
This paper attempted to look at the focus of leadership practices of National Islamic Secondary School principals in Malaysia. It introduces the concept of Rabbani leadership that leadership practices are influenced by the leader’s moral judgement, in the pursuit of Allah swt, the Creator’s devine acceptance. Rabbani leadership places great importance to shared responsibilities and accountability and practices driven by internal drives alligned to concerns for godly/devine rightousness (ketuhanan), human development (keinsanan), and professional development. Leadership focus refers to dominance of practices exhibiting the specific concerns, be it developing spiritual self, the human self, or the professional self. The results show that the general focus of principals’ leadeship practices were all three aspects of moral judgement, that is concern for devine rightousness, concern for human development, as well as concern for professional development, or developing the professional self.
MODEL KEPEMIMPINAN TA’DIB DALAM KALANGAN GURU
PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH RENDAH
Ahmad Sukari Mohamad
Mohammad Akhir Wahab
Mohd Nizam Sahad
Hari ini telah muncul pelbagai bentuk model dan teori kepemimpinan guru. Namun kebanyakan dari model dan teori-teori tersebut lebih bersifat konvensional dan tidak berasaskan agama dan tidak bercirikan adab-adab Islam. Justeru, artikel ini bertujuan mengupas keperluan guru agama kepada satu bentuk kepemimpinan yang lebih bersepadu dan mengutamakan penitisan adab (ta’dib) dalam membentuk insan kamil guru. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kepustakaan melalui penerokaan terhadap dalil-dali naqli, penulisan tokoh-tokoh pendidikan Islam seperti Syed Naqib Al-Attas, Imam Al-Ghazali, … dan sebagainya. Analisis kajian akan cuba merangka model kepemimpinan ta’dib yang lebih komprehensif. Hasilnya satu kerangka model kepemimpinan ta’dib yang berasaskan aqidah, ibadah, akhlak telah dibentuk. Ciri-ciri kepemimpinan ta’dib merangkumi; visi dan misi yang jelas, amanah, adil, berwibawa, qudwah hasanah, kasih sayang, tawaduk dan syura. Fokus kepemimpinan Ta’dib pula adalah pada kemantapan sahsiah guru, kebertanggungjawaban terhadap pengajaran dan pembelajaran serta keterlibatan dalam proses tarbiah.
DINAMIKA PERAN POLITIK ULAMA DAYAH DI
ACEH INDONESIA
Muntasir Abdul Kadir
Ulama Dayah adalah komuniti ulama yang menguruskan institusi pendidikan Islam yang popular dalam masyarakat Aceh disebut sebagai dayah. Kehadiran Dayah yang seiringan dengan hadirnya Islam di kerajaan Aceh telah diterima dengan baik oleh keluarga diraja dan masyarakat Aceh pada masa itu. Kehadiran Dayah di Aceh telah memberikan warna bagi sikap keberagamaan majoriti masyarakat Aceh secara terus menerus. Sikap keberagamaan yang kental dengan nilai-nilai Islam inilah yang telah membawa daerah Aceh kepada gelaran Serambi Makkah. Catatan sejarah telah memaparkan sejumlah ulama besar Serambi Mekah ini seperti Syekh Abdur Rauf As-Singkili, Syekh Nuruddin Ar-Raniri dan Tgk. Syik - Tgk. Syik lainnya. Kewujudan Dayah sehingga kini menjadi penerus tradisi ulama-ulama besar tersebut baik dalam menyampaikan risalah agama bagi masyarakat generasi sekarang mahupun dalam peranan-peranan sosial kemasyarakatan yang lain. Peranan-peranan sosial kemasyarakatan yang dilakukan oleh Dayah tersebut adalah termasuk peranan-peranan politik yang dilakukan oleh para ulama dayah dalam memberi maklum balas pelbagai permasalahan yang terjadi di Aceh sehingga kini.
POLITIK
PEMBANGUNAN INSANIAH MELALUI DAKWAH:ANALISIS KE ATAS STRATEGI PARTI KEADILAN
SEJAHTERA (PKS)
Warjio
Kertas kerja ini ditulis untuk dua tujuan. Pertama, mengenal pasti pemikiran dakwah yang dikembangkan oleh Parti Keadilan Sejahtera (PKS) dalam pembangunan insaniah. Bagi tujuan ini, akan dihuraikan hakikat dakwah daripada PKS. Kedua, kertas kerja ini akan menjelaskan bagaimana stratergi politik dakwah yang digunapakai oleh PKS dalam pembangunan insaniah melalui dakwah. Bagi tujuan ini pula beberapa bahagian daripada strategi itu dihuraikan secara bergantian.
DARI BADAN PENYELENGGARA POLITIK KE
MAJLIS KESEDARAN: PERANAN USNO DAN BERJAYA DALAM MEMANTAPKAN PERJALANAN PARTI
Hamdan Aziz
Badan Penyelenggara Politik USNO ditubuhkan pada 3 Jun 1971 bertujuan bagi memantapkan kedudukan serta perjalanan parti. Setelah kepimpinan negeri Sabah di ambil alih parti BERJAYA, mereka menubuhkan Majlis Kesedaran BERJAYA pada 27-28 Februari 1982. Objektif utama penubuhan majlis ialah sebagai medan yang boleh mengenengahkan permasalahan yang wujud dalam parti serta kerajaan. Selain itu, ia juga sebagai tempat persediaan bagi setiap wakil parti berlatih serta berhujah sebelum memasuki persidangan dewan yang sebenar. Hasrat sebenar majlis supaya pemimpin BERJAYA sentiasa dalam keadaan bersedia serta mampu menjawab dengan baik berkaitan dasar kerajaan negeri. Kewujudan Majlis Kesedaran BERJAYA merupakan kesinambungan daripada kewujudan Badan Penyelanggara Politik yang ditubuhkan kerajaan USNO. Kertas kerja ini cuba menilai kekuatan dan kelemahan kedua-dua badan supaya memberikan kegunaan pada generasi mendatang terutama dari kalangan birokrat politik.
KEPIMPINAN DAN KESETIAAN PEKERJA MUSLIM DALAM
PERSPEKTIF ISLAM
Ridwan Nurdin
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara kepimpinan dan kesetiaan pekerja Muslim daripada pandangan Islam. Pemimpin dan Kepimpinan merupakan dua elemen yang saling berkaitan. Kepimpinan (style of the leader) merupakan cerminan daripada perilaku pemimpinnya (leader behaviour). Perpaduan atau sintesis antara perilaku pemimpin dengan gaya pemimpin dipercayai merupakan kunci keberhasilan pengelolaan organisasi. Pandangan Islam tentang kepimpinan dengan kesetiaan pekerja Muslim amat diambil berat, kerana pandangan lazim dianggap tidak mencukupi dari sisi kerangka kerja falsafah atau tasawurnya. Pandangan lazim lebih menitikberat kepada akal semata-mata, maka dalam menilai sesuatu, sudut pandangan lazim menjadi pragmatik materialistik. Sedangkan pandangan Islam lebih menitikberatkan pada Al-Falah dan Mardhatillah (kebaikan duniawi-ukhrawi dan keredhaan Allah SWT). Persoalan yang penting adalah apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kesetiaan pekerja? Bagaimana kaitannya dengan kepimpinan? Bagaimanakah Islam memandang persoalan kepimpinan dan kesetiaan pekerja? Salah satu pemahaman umum tentang kesetiaan pekerja ditentukan daripada hubungannya dengan pemimpin dalam organisasi dan bahawa penekanan kepada gelagat manusia merupakan kunci utama kejayaan sesuatu organisasi. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kajian perpustakaan dengan analisis tekstual. Diharapkan objektif khusus kertas ini iaitu merungkai bagaimana sebaiknya hubungan antara kepimpinan dan kesetiaan pekerja dalam perspektif Islam, dapat tergambar dengan jelas. Beberapa prinsip universal Islam, yang mengaitkan hubungan antara pekerja dengan pemimpin/majikan, iaitu Tauhid, Khalifah, dan Ukhuwwah akan dihuraikan. Prinsip-prinsip itu dibina berdasarkan kepada nas-nas al-Qur’an dan al-Sunnah. Prinsip-prinsip ini mesti difahami sebagai bahagian sejagat terhadap penerapan nilai-nilai syariah dalam pengembangan sumber manusia.
KONSEP KESELAMATAN DAN KEBENARAN MENURUT ISLAM DAN
PLURALISME AGAMA: ANALISIS MENURUT PANDANGAN ISMAIL RAJI AL-FARUQI
Ahmad Sabri Osman
Ahmad Sabri Osman
Isu keselamatan dan kebenaran sesuatu agama merupakan antara isu utama dalam perbincangan golongan pluralisme agama. Mereka mengatakan bahawa semua agama adalah sama benar dan implikasinya ialah semua penganut agama mendapat keselamatan di hari akhirat. Sebenarnya, al-Qur’an dan al-Sunnah telah menjelaskan perkara ini semenjak 1400 tahun yang lalu. Kajian ini akan akan cuba membawa beberapa pandangan ulama muktabar bagi mewakili pandangan Islam. Walau bagaimanapun, al-Faruqi (1921-1986), dalam tulisannya pernah menimbulkan kekeliruan apabila menyebutkan bahawa semua agama adalah sah dan benar. Apakah beliau juga termasuk dalam golongan yang berfahaman pluralisme agama? Hasil kajian penulis menunjukkan bahawa kenyataan al-Faruqi itu sebenarnya adalah merujuk kepada agama yang asal iaitu din al-fitrah atau Ur-religion atau religio-naturalis (agama alamiah) yang disampaikan oleh nabi-nabi Allah S.W.T kepada sesuatu kaum. Agama alamiah ini terdiri daripada sensus numinis yang tak pernah menyimpang daripada jalan kebenaran. Din al-fitrah atau agama alamiah yang sama-sama dimiliki oleh manusia sejak lahir lagi sama ada Muslim atau bukan Muslim harus dibezakan daripada tradisi-tradisi agama yang wujud pada hari ini. Justeru, kajian ini menyimpulkan bahawa al-Faruqi bukanlah seorang pluralis.
التنمية البشرية
في القيادة الإسلامية " عمر بن الخطاب نموذجا"
عمار بن عبدالله
ناصح علوان
عرفت التنمية البشرية Human
Development
هي عملية توسيع اختيارات الشعوب والمستهدف بهذا هو أن يتمتع الإنسان بمستوى مرتفع
من الدخل وبحياة طويلة وصحية.فإننا نجد هذا التعريف منطبق في تصرفات القيادة
الإسلامية سواء النبوية منها أو في عهد الخلفاء الراشدين وأخص منها قيادة سيدنا
عمر بن الخطاب-رضى الله عنه- في تقسيم عادل لموارد الأمة لا يجعل فيما بينها فجوات
اجتماعية بين الأغنياء والفقراء منهم ، أو في الرعاية الصحية والاجتماعية لجميع
أفراد الأمة. وهذا الفقه العمري ومن قبله
الفقه النبوي نظر إليه المجتهدون من علماء الأمة مثل الإمام الشاطبي-رحمه الله-
على أنه فقه مراعاة المآل الذي لا يقتصر النظر فيه على الوقت الحاضر ، بل يمتد
النظر فيه إلى المستقبل لبراعي مصالح الأمة في حفظ النفس والصحة والمال.
ANALISIS SUMBER RUJUKAN KITAB MIFTAH
DAR AL-SA’ADAH WA MANSHUR WILAYAT AL-‘ILM WA’L-IRADAH KARYA IBN QAYYIM
AL-JAWZIYYAH
Raihaniah bt. Zakaria
Kitab Miftah
Dar Al-Sa’adah Wa Manshur Wilayat Al-‘Ilm Wa’l-Iradah adalah termasuk dalam
kategori karya besar tokoh ilmuan Islam
terbilang yang mendapat jolokan al-‘Allamah (orang yang sangat alim) iaitu Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (691H/1292M-751H/1350). Kitab ini
mengandungi pelbagai ilmu tentang pemikiran pendidikan Islam samada secara umum
mahupun secara khusus. Isi kandungan Kitab ini telah mendapat penghargaan yang
tinggi dari beberapa orang intelektual dan ulama terkemuka antaranya dari penulis ensiklopedia Islam terkemuka
iaitu Hajji Khalifa (1609-1657). Hajji Khalifa menyifatkan karya ini sebagai karya berskala besar yang
mempunyai faedah dan keistimewaan yang sangat besar kepada perkembangan ilmu
dan pemikiran Islam. Kajian ini akan menganalisis sumber-sumber rujukan yang
telah dirujuk oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam perbahasan kitab tersebut bagi
membuktikan sejauh mana kemantapan ilmu dan kekuatan hujah yang digunakan oleh
beliau itu bertepatan dengan metodologi penyelidikan ilmiah kini. Kajian akan
dimulai dengan pengenalan tokoh secara ringkas diikuti dengan pengenalan kitab Miftah
Dar Al-Sa’adah Wa Manshur Wilayat Al-‘Ilm Wa’l-Iradah . Kemuncak kajian ini ialah analisis terhadap
sumber-sumber rujukan beliau yang terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an dan hadis,
karya-karya tokoh pemikiran Islam juga tokoh-tokoh Pemikir Yunani Greek yang
terdahulu. Hasil Kajian mendapati bahawa Kitab ini ditulis berdasarkan kaedah
penyelidikan yang tepat dan kandungan perbahasannya yang bercorak ensiklopedia
itu dirujuk daripada sumber yang luas dan pelbagai melangkaui pelbagai dimensi
bidang ilmu dan pemikiran.
KAJIAN AXIOLOGI KELAS MENENGAH MELAYU
MELALUI KAEDAH PENYELIDIKAN BERTERASKAN ISLAM
Hairol Anuar Mak Din
& Zakaria Stapa
Kerencaman isu sosial semakin membarah. Para penyelidik bertali arus cuba menyelesaikan fenomena kemanusiaan dan kemasyarakatan ini dengan mengkaji punca-puncanya. Di dalam keghairahan membuat penyelidikan, acap kali kaedah penyelidikan menggunakan kaedah lazim yang begitu dominan di dalam dunia akademik masa kini. Hal ini kerana kaedah penyelidikan lazim telah diwarisi berzaman serta bertapak kukuh dan dianggap berautoriti di pentas-pentas akademik. Sejajar dengan aspirasi penubuhan Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, penyelidikan di peringkat Doktor Falsafah Peradaban Islam ini sedaya upaya mengetengahkan kaedah penyelidikan berteraskan Islam sebagai alternatif kepada kaedah penyelidikan lazim yang sering kali digunakan. Walaupun penyelidikan berteraskan Islam dianggap baru, kabur dan tidak holistik, namun usaha-usaha secara bersepadu sedang giat dijalankan oleh para sarjana muslim seantero dunia melalui penulisan karya-karya yang merangkumi teori, falsafah dan cadangan teknik-teknik penyelidikan yang terangkum di dalam kerangka penyelidikan Islam. Justeru itu, penyelidikan ini boleh dianggap satu usaha secara amali untuk mempelopori dan mempopularkan kaedah penyelidikan Islam dengan menjuzukan kajian axiologi di kalangan kelas menengah Melayu khususnya di dalam memilih kepimpinan politik di Malaysia. Kajian terhadap axiologi merupakan juzuk penting di dalam mengenal pasti arah kompas kehidupan kumpulan sasaran dan selaras dengan konsep kesyumulan pembangunan berteraskan Islam.
MANUSIA DALAM INDEKS PEMBANGUNAN
Wan Norhaniza Wan Hasan
Kertas kerja ini berhasrat untuk menganalisis kedudukan manusia dalam indeks pembangunan sedia ada. Dalam indeks pembangunan, manusia merupakan salah satu elemen utama yang diukur. Manusia juga merupakan pelaku pembangunan yang bertindak melaksanakan pembangunan. Persoalannya, bagaimanakah manusia diukur dalam indeks pembangunan? Apakah elemen berkaitan manusia yang diukur dalam indeks pembangunan sekali gus menjadi penanda aras sebuah pembangunan? Bagaimana pula kedudukan manusia dalam indeks pembangunan berteraskan Islam? Adakah terdapat perbezaan pada kedudukan manusia dalam indeks pembangunan lazim dengan indeks pembangunan berteraskan Islam? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, kertas kerja ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Pertama, menganalisis kedudukan manusia dalam indeks pembangunan lazim sedia ada. Kedua, menganalisis kedudukan manusia dalam indeks pembangunan berteraskan Islam sedia ada. Ketiga, membandingkan kedudukan manusia dalam indeks pembangunan lazim dan indeks pembangunan berteraskan Islam. Hasil daripada perbincangan dalam kertas kerja ini membawa kepada rumusan tentang kedudukan manusia yang sepatutnya dalam indeks pembangunan berteraskan Islam.
PENGGUNAAN
KAEDAH AL-JARH WA AL-TA’DIL DALAM PENENTUAN PERIBADI RESPONDEN: SATU
TINJAUAN AWAL
Nor Hanani Ismail
Kertas kerja ini berhasrat membincangkan kaedah al-Jarh wa al-Ta’dil yang pernah diaplikasikan oleh ulama hadith terdahulu dalam penentuan peribadi perawi hadith sebagai kaedah dalam penentuan peribadi responden. Pemilihan para perawi merupakan salah satu faktor yang paling penting selain faktor matnnya. Ianya bagi menentukan darjat hadith itu samada sahih, hasan, dhaif khafif, dhaif syadid atau maudu’. Perawi-perawi tersebut akan dinilai menggunakan kaedah ini samada tergolong dalam kumpulan yang ta’dil (terpuji) atau jarh (tercela) Kertas kerja ini akan cuba mengenalpasti dan menganalisis kaedah-kaedah tersebut supaya sesuai untuk diharmonikan dalam penentuan dan sekaligus pemilihan responden berdasarkan peribadinya. Ini kerana selain faktor kepakaran, berpengalaman, dan pencapaian, faktor peribadi juga sepatutnya diambil kira, kerana ianya memberi kesan kepada maklumat yang akan dikemukan oleh seseorang responden itu, terutamanya responden yang ditemubual. Berdasarkan kajian perpustakaan, kertas kerja ini akan merumuskan kaedah al-Jarh wa al-Ta’dil sebagai salah satu kaedah dalam penentuan peribadi responden yang boleh dipraktikkan.
FARDHU ‘AIN SEBAGAI KERANGKA
PEMBENTUKAN DISIPLIN PELAJAR
Muslihah
Mazlan
Kertas
kerja ini adalah bertujuan untuk meneliti dan menganalisis ilmu fardhu ‘ain
sebagai kerangka pembentukan disiplin pelajar. Penelitian ini penting
memandangkan masalah disiplin yang berlaku dalam kalangan pelajar pada hari ini
adalah pada tahap yang membimbangkan. Berdasarkan analisis tekstual yang telah
dilakukan ilmu fardhu ain yang mempunyai tiga elemen utama iaitu tauhid, fekah
dan tasauf mampu memberikan kesan kepada pembentukan disiplin pelajar. Hal ini
kerana elemen tauhid akan membina hubungan ketuhanan antara pelajar dengan
tuhan. Manakala elemen fekah juga terangkum syariat yang menjadi peraturan dan
landasan kehidupan yang akhirnya akan membentuk disiplin pelajar yakni dari
faktor dalam diri pelajar.
IMPACTS OF HUMAN DEVELOPMENT POLICIES
ON PRODUCTIVITY OF EMPLOYEES: AN EMPIRICAL EVIDENCE FROM BANKING SECTOR OF
PAKISTAN
Muhammad Abbas &
Khawar Naheed
Purpose - The purpose of this paper is to investigate the relationship among human resource development policies and employee productivity in banking sector. This paper aims at providing guidelines for policy makers to.
Design/Methodology/Approach – OLS regression is run
to estimate impacts of employees’ financial benefits and their branch strength
on their productivity and the resultant impact on profitability of banks.
Pooled data of almost all the banks operating in Pakistan during 2004 to 2009
has been used in this study. Data has been collected from audited reports
published by each bank.
Findings – Regression results pointed out that
salary per employee of a bank had positive and highly significant impacts on
productivity of banking sector employees. Similarly, strength of employees in a
branch also contributed positively in productivity of employees. However, this
factor did not show statistically significant impact.
Originality/Value – This study has practical
significance for human development management practitioners, academia,
scholars, managers and general public as it provides inferences that guide them in decision making. This study is
also linked with Islamic philosophy of human resource as Islamic stresses the
need of timely and appropriate payments to the employees.
PENGURUSAN
INSANIAH MELALUI IBADAH SOLAT TAHAJUD
Sukiman
Kertas
kerja ini mempunyai tiga tujuan utama. Pertama, meneliti keistimewaan solat
tahajud bagi umat Islam sehingga ia dijadikan sebagai usaha bagi pengurusan
insaniah melalui pendekatan dalaman secara individu. Kedua, meneliti keabsahan
sumber dan aktiviti solat tahajud baik dalam al-Quran mahupun hadis Rasulullah
s.a.w. sehingga dapat di amal oleh umat Islam. Ketiga, menganalisis pengaruh
solat tahajud bagi seorang Muslim, kerana solat tahajud, apabila dilaksanakan
secara berterusan akan membawa impak positif bagi membangunkan kualiti umat
Islam. Solat tahajud ini disunnahkan untuk diamalkan tetapi faedahnya sangat
banyak bukan sahaja bagi menambah pahala ibadah di akhirat, tetapi juga
memberikan pengaruh untuk kesihatan fizikal dan mentaliti mahupun mendapatkan
barakah di dunia ini. Kaedah penyelidikan yang dilakukan merangkumi daripada
buku-buku ilmiah mahupun hasil kajian dari para pakar serta juga berdasarkan
pengalaman menjalankan ibadah solat tahajud.
PROSES SOSIALISASI DALAM PENGURUSAN
INSANIAH
Shariffah
Suraya Syed Jamaludin
Proses
sosialisasi merupakan elemen penting dalam pengurusan insaniah. Pembentukan
identiti awal seseorang insan bermula daripada agen sosialisasi iaitu ibu bapa,
rakan-rakan sebaya, institusi pendidikan dan juga media masa. Didikan awal di
rumah, pergaulan dengan rakan-rakan seterusnya pembelajaran di institusi
pendidikan dan pengaruh media masa membentuk identiti seseorang insan. Untuk
membentuk insan yang berkualiti adalah sesuatu yang bukan mudah kerana ia
merangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan kerohanian. Selain proses
sosialisasi biasa yang dilalui oleh setiap insan, mereka juga harus melengkapkan
diri dengan proses sosialisasi agama. Ini bertujuan melengkapkan seorang insan
itu dengan nilai kemanusiaan yang tinggi melalui akhlak dan sahsiahnya. Jadi,
manusia yang menjadi tulang belakang kejayaan sesebuah institusi itu perlu
diuruskan dengan sebaiknya. Persoalannya, bagaimanakah proses sosialisasi ini
berperanan dalam menguruskan seseorang individu supaya menjadi insan yang
berkualiti tanpa meminggirkan akhlak dan sahsiah dalam dirinya. Kertas kerja
ini akan membincangkan peranan proses sosialisasi dalam menguruskan seseorang
insan agar dapat menjalankan peranan dan tanggungjawabnya dengan sempurna.
TASAWUR PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
DARI PERSPEKTIF ISLAM
Lenny Luat
Kertas
kerja ini bertujuan untuk meneliti tasawur pengurusan sumber manusia lazim dari
perspektif Islam. Penelitian ini penting kerana tasawurlah yang mencorakkan
sesuatu sistem itu dan mencirikan pelaksanaannya. Umum mengetahui bahawa
pengurusan sumber manusia merupakan satu elemen penting dalam pengurusan
pembangunan. Oleh itu, konsep-konsep sedia ada sering diterima pakai untuk
tujuan mengurus manusia yang berfungsi sebagai pelaku pembangunan. Di institusi
pembangunan Islam misalnya tidak sedikit yang mengaplikasikan konsep-konsep
tersebut. Persoalannya, apakah konsep pengurusan sumber manusia lazim yakni
yang sedia ada ini bersesuaian dengan pembangunan berteraskan Islam amnya dan
institusi-institusi pembangunan Islam khasnya. Kertas kerja ini berhasrat
menjawab persoalan ini dengan meneliti secara terperinci tasawur pengurusan
sumber manusia dari perspektif Islam.
Untuk meneliti dengan lebih terperinci lagi, kertas kerja ini akan menggunakan
pendekatan penyelidikan kualitatif dan kaedah analisis kandungan. Dapatan
kajian ini dijangkakan dapat mengemukakan satu cadangan ke arah membina
kerangka konsep untuk menguruskan manusia secara holistik dan lestari yang
dapat diaplikasikan di institusi-institusi pembangunan Islam khasnya dan untuk
pembangunan Malaysia amnya.
FUNGSI
INSANIAH DALAM PENGURUSAN PEMBANGUNAN INDUSTRI MAKANAN HALAL DI MALAYSIA
Norazilawati
Md Dahlal
Insan merupakan komponen penting dalam sesebuah
pembangunan. Untuk itu ia bertindak sebagai pelaku pembangunan. Dalam konteks
pembangunan industri makanan halal, insan ini merupakan pembekal, pengilang
atau pengusaha, pengedar atau peruncit dan pembeli atau pengguna makanan halal.
Kertas kerja ini membincangkan lebih mendalam tentang fungsi insan sebagai
pengusaha dalam menghasilkan makanan halal. Pada masa kini, pengiktirafan halal
telah menjadi tumpuan dalam kalangan pengusaha makanan sama ada pengusaha Islam
atau pengusaha bukan Islam. Hal ini kerana konsep halal telah digunakan secara
holistik baik dari segi pengurusan kualiti makanan mahupun elemen cara hidup.
Namun, realiti dalam industri makanan halal dilihat telah dimonopoli oleh
mereka yang bukan beragama Islam. Sebanyak 70% pengusaha makanan bukan Islam
telah mendapatkan pengiktirafan halal pada produk makanan yang dihasilkan.
Jadi, bagaimanakah komponen insan sebagai pengusaha makanan ini dapat berfungsi
dalam menghasilkan makanan halal menurut perspektif Islam? Kertas kerja ini
memfokuskan kepada dua perkara utama. Pertama, perbincangan fungsi insan
melalui tasawur dan epistemologi berdasarkan konsep halal. Kedua, penelitian
dan penganalisisan pengurusan insaniah yang ada dalam kajian pelaksanaan
pembangunan berteraskan Islam. Penelitian ini dibuat melalui kajian terhadap
kajian dan penulisan yang dilakukan oleh pengkaji lepas. Akhir sekali, kertas
kerja ini merumuskan satu kerangka asas pengurusan insaniah serta fungsinya dalam
usaha membangunkan industri makanan halal di Malaysia.
DIMENSI RASIONAL DAN HAFAZAN
DALAMPENGAJIAN ISLAM: TINJAUAN IDEA PELAKSANAANNYA DI INSTITUSI PENGAJIAN
TINGGI ISLAM DI MALAYSIA
Wan Ahsani Fadhilah Wan Mahmud
Khairi & Muhamad Faisal Ashaari
Dunia
Islam terkenal dengan kehebatannya suatu masa dahulu dalam semua bidang ilmu
antara lain disebabkan gabungan antara dimensi rasional dan hafazan dalam
pengajian Islam. Gabungan dua aspek ini telah menjadikan pengajian Islam
dinamik dan berkembang pesat dalam berhadapan dengan cabaran kehidupan pada
waktu itu. Ia telah berjaya mencapai kegemilangannya suatu masa dahulu. Namun,
kini pelbagai kritikan telah dilemparkan kepada bidang ini sama ada dengan nada
yang mencemuh dan tidak kurang pula dengan nada yang mengimpikan
kegemilangannya semula. Kertas ini membincangkan idea-idea penting di dalam
kritikan ini dan memfokuskan perbincangan itu kepada konsep pelaksanaannya di
institusi pengajian tinggi Islam di Malaysia.
التعليم
المثلى في الجامعات في ضوء مفاهيم الجودة الشاملة: ماليزيا أنموذج
أسماء
عبد الرحمن
روسلي
شعاري
الجودة هي الإتقان والعمل الحسن، والجودة
في العملية التعليمية هي التأكيد على مبدأ الإتقان. مع الاعتماد على تقييم
المستفيد في معرفة مدى تحسن الأداء ، فالجودة التعليمية المتكاملة المثلى عملية
بنائية للموارد البشرية ، والتي تهدف إلى تحسين المنتج النهائي وذلك من خلال تحسين ظروف
العمل لكل العاملين
في المؤسسة أو الجامعات ، وتركز الجودة على الجهود الإيجابية التي يبذلها كل شخص يعمل في هذه المؤسسة
الاجتماعية . وعند الحديث عن الجودة في التعليم نعني بكل وضوح تحسين تحصيل درجات الطلبة والارتقاء بمستواهم
التحصيلي إلى أكبر قدر ممكن، وبناء على الدراسات والبحوث التربوية المعاصرة من أجل تطبيق عملية التعليم المثلى في الجامعات في ضوء
مفاهيم الجودة ولبناء مجتمع المعرفة، بحيث تكون شاملة، تتناول جميع الجوانب
المختلفة لمدخلات العملية التعليمية، وتسعى لتحقيق مبدأ
الجودة الشاملة والموضوعية، حيث تركز على الأمور والتفصيلات المهمة في
المنظومة التعليمية،
وتشمل هذه الدراسة معايير المجالات التالية: الجامعات الفاعلة كوحدة متكاملة، ففي الباب الأول تكلمنا عن
مفهوم الجودة الشاملة ، مفهوم إدارة الجودة الشاملة ، مبادئ إدارة الجودة الشاملة
، أسس تطبيق إدارة الجودة الشاملة، ثم في الباب الثاني تطرقنا عن المعيارية في
العمليات المرتبطة بالتعليم في الجامعات ومنها : معايير الجودة في الإدارة
الجامعية، وفي الفصل الثالث تناولنا الحديث عن نماذج عملية للتكامل في التعليم
للجامعات المحققة لمعايير الجودة الشاملة ، تطوير الجودة لدى الأفراد العاملين ،
نماذج إدارة الجودة الشاملة ، موذج عملي مقترح للقيادة التربوية للجامعات ، ومن
ثمّ نختم دراستنا في الباب الرابع بأهم نتائج الدراسة والتوصيات وأخير أدرجنا
المصادر والمراجع. الكلمات المفتاحية: التعليم المثلى في الجامعات ، إدارة الجودة
الشاملة ، الموارد البشرية، نماذج عملية للتكامل في الجامعات.
PERANAN IPT ISLAM DALAM PEMBANGUNAN
MODAL INSAN DI MALAYSIA: SATU ANALISIS
Rahimin Affandi Abd. Rahim
Ruzman Mohd Noor
Nor
Hayati Md
Dahlal
Secara
konvensionalnya, tugas untuk membangunkan modal insan yang bermutu,
bertanggungjawab dan kondusif untuk keperluan sesuatu masyarakat diletakkan
kepada institusi pengajian tinggi. Hal ini telah menjadi amalan di kebanyakan
Negara, termasuklah Malaysia. Dalam menghadapi dunia global semasa, IPT Islam
di Malaysia telah berusaha untuk menjalankan tugas pembentukan modal insan ini
mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi
Malaysia. Berasaskan kepada latar belakang ini, kertas kerja ini akan cuba
menganalisis peranan yang dimainkan oleh IPTA aliran Islam, dengan memilih
Akademi Pengajian Islam University Malaya sebagai focus utama. Kajian ini bakal
mengandungi beberapa bahagian utama. Pertama,
pengenalan tentang konsep modal insan dan kepentingannya untuk pembangunan
Negara. Kedua, scenario tentang
kelemahan modal insan di Malaysia yang difokuskan kepada golongan muda. Ketiga, scenario tren pembangunan modal
insan di Malaysia, yang bakal dipecahkan kepada tiga paradigma utama; era
selepas merdeka, era kebangkitan Islam dan era global. Keempat, peranan APIUM dalam membangunkan modal insan yang
dikhususkan kepada bidang pengajian syariah. Kupasan akan ditumpukan kepada
elemen positif dan negative yang kedapatan di dalam usaha APIUM. Kelima, kesimpulan dan saranan.
ENTREPRENEURSHIP INTENTION AMONG
UNDERGRADUATE STUDENTS IN INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA
Aliyu Dahiru Muhammad
Recently,
entrepreneurship receives most attention than ever before. The importance of
inculcating entrepreneurship education among young and fresh graduates cannot
be over stressed. Similarly, studies show that student who participates in
entrepreneurship program is more willing to start his own business than a
student who does not undergo any of these programs. The recent financial crisis
serves as lessons for employees and potential graduates that should no longer
rely on big companies. The objective of this paper is to investigate the
factors that determine entrepreneurship intention among University
students. The paper employed Theory of
Planned Behavior (TPB), to examine the students` intention to start up small
scale businesses. Based on the sample size of 222, it was found that personal
attitude is the major determinant to start up. Other interesting findings
revealed in the study were the mediating roles of personal attitude and power
of behavioural control. The research utilizes Structural Equation Modeling
(SEM) in the analysis and Amos software version 19.
PENILAIAN
PRESTASI DI INSTITUSI-INSTITUSI PEMBANGUNAN BERTERASKAN ISLAM: ISU DAN
PERMASALAHAN
Abdullah
Fahimy Abu Bakar
Kertas kerja ini bertujuan untuk mengkaji isu dan
permasalahan dalam pelaksanaan penilaian prestasi di institusi-institusi
pembangunan berteraskan Islam. Umum mengetahui penilaian prestasi dilakukan
dengan merujuk kepada petunjuk-petunjuk prestasi utama (KPI). KPI yang dimaksudkan
di sini ialah satu set pengukuran tahap prestasi yang menumpukan kepada
aspek-aspek penting dalam menentukan kejayaan sesebuah institusi. Contohnya di
Malaysia, pelbagai bentuk KPI telah diperkenalkan dan disarankan pemakaiannya
termasuk dalam sesebuah institusi pembangunan Islam. Ianya dilihat sering
berubah-ubah bermula daripada Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) sehingga kepada
maklum balas 360 darjah. Walaupun terdapat perubahan sedemikian, namun
persamaan yang boleh dilihat adalah setiap KPI ini diangkat daripada teori
pengurusan lazim. Persoalannya kini ialah apakah isu dan permasalahan dalam
pelaksanaan setiap mekanisme penilaian prestasi sedia ada di Malaysia?
Bagaimanakah penilaian prestasi dari kacamata Islam? Adakah setiap isu dan
permasalahan ini dapat diselesaikan dengan penerapan nilai-nilai Islam dalam
mekanisme penilaian prestasi sedia ada? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini,
kaedah analisis teks terhadap perbahasan para pengkaji kontemporari dilakukan.
Ianya bagi melihat gambaran keseluruhan senario pelaksanaan KPI di Malaysia
khususnya. Setelah analisis dijalankan, didapati bahawa perubahan dalam
mekanisme penilaian prestasi perlu dilakukan
pada peringkat akar umbi. Dalam erti kata lain, perubahan tersebut perlu
bermula di peringkat tasawwur dan epistemologi terlebih dahulu. Melalui perubahan
tersebut, diharapkan sesebuah institusi pembangunan Islam akan berteraskan
Islam sepenuhnya.
MODEL
PENILAIAN PRESTASI DARI PERSPEKTIF ISLAM: SATU TINJAUAN
Ab
Aziz Yusof
Kertas kerja ini akan membincangkan
mengenai model pelaksanaan penilaian prestasi dari perspektif Islam. Model ini
cuba diperkenalkan sebagai jawapan kepada model penilaian prestasi lazim
sebagaimana yang dilaksanakan pada hari ini yang telah menjemput pelbagai
permasalahan terutamanya memberi kesan buruk kepada psikososial pekerja. Oleh
itu, pengkaji ingin membuat penerokaan terhadap kemampuan Islam sebagai gantian
kepada sistem yang sedia ada. Bagi pengkaji, pendekatan Islam dalam
mengemukakan jalan penyelesaian kepada permasalahan ini perlu diterokai dan
didedahkan. Lebih-lebih lagi dewasa ini terdapatnya peningkatan minat dalam
kalangan masyarakat untuk melihat model pengurusan yang terkeluar daripada
kerangka model pengurusan Amerika.
PENGGUNAAN
BERHIERARKI BERTERASKAN ISLAM: SATU TINJAUAN KARYA
Basri
Abd. Ghani
Kertas
kerja ini bertujuan untuk meneliti kedudukan karya tentang penggunaan
berhierarki berteraskan Islam (PBBI) dalam bidang gelagat pengguna Islam
(GPI). Perbincangan tentang GPI agak luas cakupannya. Oleh kerana PBBI dilihat
sebagai pokok kupasan GPI, setakat manakah meluasnya karya tentang PBBI? Kertas
kerja ini cuba menanggapi persoalan ini berdasarkan sumber sekunder klasik dan
kontemporari. Ia sekali gus membentuk pemetaan karya tentang PBBI dalam
keseluruhan karya tentang GPI. Dengan demikian, tertonjol jurang karya dan
justifikasi penelitian tentang PBBI.
PERSONALITY
DEVELOPMENT IN ISLAMIC MANAGEMENT PERSPECTIVE
Mohyuddin Hashimi
The issue of personality development & self-reformation is of immense significance being commonly discussed in religious as well as secular disiplines with diverse objectives and variety of meanings. Several theories have been formulated with different understandings of the subject. religious-based theories mostly share common perspective in this regard, while the secular world-view, which is generally based on Sigmund Freud's theory of personality, presents materialistic standards and objectives of self-reformation in negation of Islamic world-view.
Islamic ethical code engages the whole person, spiritually, emotionally, socially, intellectually and physically. Harmonious personal growth, which is the core of Islamic ethical paradigm, is conducive to wholesome interaction with fellowmen & necessary for any sound and beneficial endeavour. Islamic personality helps establishing a managerial atmosphere where mutual understanding, collaboration, sense of participation and productive activities prevail, where innovative ideas flourish and where all stakeholders feel protected and satisfied. While apart from the managerial benefits, the development of an individual's natural potentialities according to Islamic teachings brings about spiritual rewards, too.
Islamic ethical code engages the whole person, spiritually, emotionally, socially, intellectually and physically. Harmonious personal growth, which is the core of Islamic ethical paradigm, is conducive to wholesome interaction with fellowmen & necessary for any sound and beneficial endeavour. Islamic personality helps establishing a managerial atmosphere where mutual understanding, collaboration, sense of participation and productive activities prevail, where innovative ideas flourish and where all stakeholders feel protected and satisfied. While apart from the managerial benefits, the development of an individual's natural potentialities according to Islamic teachings brings about spiritual rewards, too.
Islamic shari‘ah as well as
the ethical code is based on the principles of justice, equity &
benevolence while each and every directive of shari‘ah is based upon the
objective of human welfare. According to the Islamic world-view, Allah (SWT)
elevated human being as the best of creation & as his caliph on the earth.
In his capacity as Allah’s caliph, he is bound to observe the guidelines &
restrictions as stipulated in Islamic shari‘ah. In this context, he does
not have the right of absolute ownership in any of his possessing including his
own self. He is, instead, the trustee who is accountable to Almighty Allah for
all his actions.
The ethical values in Islam, which
provide the base for personality development and have significant impact on
contemporary management setup, would be highlighted in the proposed study. The in-depth analysis of the contemporary challenges in
management issues would also be made to elaborate Islamic solutions.
RESEARCH
TRENDS ON INTENTION TO LEAVE JOB AMONG MUSLIMS
Suchi
Hassan
This
paper aims to identify research trends in the aspect of intention to leave job
in Malaysia. For that purpose, this paper will analyze the past researches
conducted by postgraduate students from local and foreign universities. This
will lead to the identification of research trends in the aspect of intention
to leave job in Malaysia and also some dominant research variables.
BANK
CHOICE BEHAVIOR AMONG MUSLIMS: A QUALITATIVE APPROACH
Ahmad
Azrin Adnan
Although
studies have extensively investigated behavior regarding the choosing of banks,
the qualitative approach gained little attention from previous researchers.
Using in-depth interviews and non-participant observation, this paper aims to
understand the key motivations for Islamic bank patronage among Muslims. The
identified factors developed the four themes of customer profiling: (1) ability
(taufeeq) and guidance (hidayah); (2) guidance (hidayah) without ability
(taufeeq); (3) ability (taufeeq) without guidance (hidayah); and (4) no ability
(taufeeq) and guidance (hidayah). Practical and academic implications are
provided as well.
PENGARUH PENGURUSAN PENDAPATAN TERHADAP NILAI FIRMA: SATU
SOROTAN
Mulia
Saputra
Kajian ini bertujuan untuk
menganalisis pengaruh pengurusan pendapatan terhadap
nilai firma. Pengurusan pendapatan dikira
dengan menggunakan petunjuk iaitu
akruan
boleh pilih sedangkan Nilai firma dikira dengan menggunakan Tobins-Q. Kajian ini berupa tinjauan
perpustakaan berdasarkan kajian-kajian lepas. Dalam kajian lepas tersebut tersenarai
kajian yang pernah dilakukan oleh pengkaji lain yang
berkaitan dengan pengaruh antara
pengurusan pendapatan dengan nilai
firma. Persoalannya, Bagaimana pengaruh pengurusan
pendapatan terhadap nilai firma bagi firma yang sahamnya tersenarai dalam
Jakarta Islamic Index (JII).
PRINSIP
DAN KRITERIA PELAKU DALAM HUBUNGAN JARINGAN KERJASAMA DARI PERSPEKTIF ISLAM
Nurul Ain Zainul Abidin
Kertas kerja ini bertujuan meneliti prinsip dan kriteria
pelaku dalam menjalinkan hubungan kerjasama antara institusi-institusi dari
perspektif Islam. Pelaku iaitu ahli-ahli institusi yang terlibat dalam
pengurusan jaringan kerjasama merupakan komponen yang penting dalam menentukan
kejayaan dan kegagalan sesuatu jalinan kerjasama yang dilakukan. Prinsip dan
kriteria pelaku dari perspektif Islam perlu dititikberatkan kerana Islam
melihat pelaku dari sudut luaran dan dalaman iaitu merangkumi fizikal, mental
dan spritual berbanding dengan perspektif lazim yang hanya melihat dari sudut
luaran iaitu fizikal semata-mata. Persoalannya, apakah prinsip dan kriteria
pelaku dalam hubungan jaringan kerjasama dari perspektif Islam? Bagaimanakah
Islam melihat prinsip dan kriteria pelaku dalam hubungan jaringan kerjasama
tersebut? Kertas kerja ini menggunakan kaedah kepustakaan dalam mendapatkan
maklumat. Hasil penelitian dijangka dapat memberi satu panduan kepada ahli-ahli
institusi yang terlibat dalam hubungan jaringan kerjasama berkaitan prinsip dan
kriteria yang dianjurkan dalam Islam.
FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KADAR KEMISKINAN BANDAR DI MALAYSIA DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN DALAM PERSPEKTIF ISLAM
Rosmaiza Abd Ghani
Krisis kewangan global telahpun
reda, ekonomi Malaysia kini kembali pulih dan semakin kukuh. Keluaran Dalam
Negeri Kasar (KDNK) pada suku pertama tahun 2010 sebanyak 10.1%, iaitu kadar
tertinggi dalam tempoh 10 tahun. Namun satu permasalahan yang masih tidak dapat
ditangani ialah kemiskinan.Kemiskinan merupakan masalah yang serius terutama
dalam kalangan isi rumah di kawasan luar bandar dan juga bandar. Kemiskinan
juga merupakan salah satu penyakit sosial yang sukar diubati dibandar mahupun
diluar bandar. Bukan hanya di Malaysia, malah di seluruh dunia, masalah ini
tidak dipandang ringan hingga tercetusnya Matlamat Pembangunan Milenium
(Millennium Development Goals - MDGs).. Masalah kemiskinan ini mempengaruhi
tahap kehidupan sesebuah keluarga.Dan juga menjadi satu halangan serta batu
penghalang kepada pembangunan dan perkembangan bandar secara tersusun. Kajian ini dijalankan bagi menilai sejauh
mana inflasi,kdnk dan peratus pengangguran mempengaruhi kadar kemiskinan bandar
di Malaysia dengan mengkaji data daripada tahun 1988 sehingga 2010. Ia juga
melihat kepada pola perbelanjaan isi rumah ,daripada tahun 1994 sehingga 2010.
Kajian ini juga membincangkan pembasmian kemiskinan dalam perspektif Islam
tentang penglibatan Baitulmal dan Pusat zakat yang tidak hanya melibatkan
pembasmian kemiskinan material tetapi juga berusaha untuk membasmi kemiskinan
non material.Berkaitan dengan pembasmian kemiskinan non material, Baitulmal dan
Pusat zakat telah mengkiaskan agihan kepada asnaf riqab untuk diperbaiki
kerosakan akidah dan akhlak yang telah terjadi dikalangan umat Islam di mana
kerosakan akidah dan akhlak merupakan salah satu penyebab terjadinya kemiskinan
non material.
PENGURUSAN
PEMBANGUNAN INSANIAH DAN PEMBASMIAN KEMISKINAN
Nor
Asmat bt Ismail
Kebanyakan negara Islam mempunyai hutang luar negara yang
tinggi dan antara sebab negara-negara Islam berhutang adalah untuk membasmi
kemiskinan dengan menyediakan infrastruktur untuk pembangunan ekonomi. Walau
bagaimanapun hutang luar negara melibatkan bunga dan jumlah yang perlu di bayar
balik kepada pemberi pinjaman jauh lebih besar daripada jumlah yang dipinjam.
Hal ini mungkin boleh menyebabkan negara yang meminjam menjadi lebih miskin
kerana apabila membayar balik hutang yang jumlahnya lebih tinggi daripada yang
dipinjam, lebih banyak kekayaan negara digunakan untuk pembayaran balik hutang
dan bukannya digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada penduduk. Mungkin juga
lebih sedikit kekayaan negara dapat digunakan untuk pelaburan dalam
sektor-sektor yang penting untuk melepaskan negara daripada kemiskinan seperti
pendidikan dan kesihatan. Hutang luar negara yang tinggi juga merugikan
penduduk negara yang meminjam kerana apabila kerajaan membayar balik hutang,
kekayaan negara akan mengalir ke luar dan faedahnya dinikmati oleh negara yang
memberi pinjaman. Bagi mengatasi masalah hutang luar negara yang tinggi, kaedah
lain untuk membasmi kemiskinan perlu difikirkan. Kajian ini akan membincangkan
bagaimana pengurusan pembangunan insaniah terutamanya pembangunan insaniah
berdasarkan ajaran Islam dapat membantu mengatasi masalah negara untuk membasmi
kemiskinan, terutamanya di negara-negara Islam.
PEMBINAAN PETANI DALAM PENGGUNAAN
TANAH TERBIAR MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
Agustyarsyah
Kertas kerja ini tertumpu untuk mengetahui bagaimana
penggunaan tanah terbiar oleh petani dalam perspektif Islam, tentang siapa saja
yang boleh memanfaatkan tanah terbiar dan bagaimana islam menetapkan tentang
bagi hasil dari hasil pertanian yang dikendalikan di atas tanah terbiar
tersebut. Mengingat begitu banyaknya tanah terbiar di atas permukaan bumi Allah
ini dan hampir setiap negara mempunyai persoalan yang sama tentang bagaimana
harus menguruskan tanah terbiar dengan baik, banyak negara menguruskannya
dengan kaedah pengurusan lazim namun belum mebawa hasil yang maksimum, makanya
dengan sistem pengelolan tanah terbiar secara perspektif Islam diharapkan
hasilnya akan maksimum terhadap kaedah pengurusan tanah terbiar sehingga boleh
membawa kemakmuran bagi umat.
PENGURUSAN
DANA MASJID MENURUT UNDANG-UNDANG INDONESIA MENUJU PENGURUSAN INSANIAH: KES
MASJID RAYA AHMAD YANI MANADO, INDONESIA
Deicy Natalia Karamoy
Kertas
kerja ini bertujuan untuk menganalisis amalan Undang-Undang Indonesia dalam
mengurus dana-dana untuk membiayai pengurusan masjid. Masjid yang dijadikan kes
kajian ialah masjid Ahmad Yani Manado. Untuk menentukan pengelolaan dana masjid
menjadi baik, terkawal dan sesuai peraturan, maka pengurusannya mesti mematuhi
peraturan dan undang-undang yang berlaku yang sudah ditentukan. Oleh itu,
objektif kajian ini adalah mengenal
pasti pengelolaan dana masjid di Manado menurut Undang-Undang. Perkara
penting yang harus diperhatikan dalam pengurusan adalah pengurusan dana yang
Insaniah. Manakala undang-undang yang mengurusi pengelolaan dana adalah
terdapat dalam Undang-Undang Nombor 16 Tahun 2001 tentang Yayasan,
Undang-Undang Nombor 38 Tahun 1999 tentang Zakat dan Undang-Undang Nombor 41
Tahun 2004 tentang Wakaf. Untuk menyelidiki, kajian ini dilakukan dengan reka
bentuk kajian kualitatif dan analisis data dalam bentuk deskriptif. Dapatan
kajian adalah secara umumnya pengelolaan dana Masjid Raya Ahmad Yani di Manado
masih dilakukan dengan cara konvensional dan tradisional. Hal ini disebabkan
kurang pahamnya atau kurang kesedaran pengurus masjid terhadap pengurusan dana
dan institusi masjid. Oleh itu, perlu dialu-alukan kepada pihak pengurus Masjid
Raya Ahmad Yani di Manado untuk mempertingkatkan pengelolaan dana dan
pengurusan insaniah di Manado. Diharapkan juga dapat mencadangkan kepada badan
takmir masjid-masjid di Manado lainnya, bagi menambahbaikan lagi pengurusan
dana masjid yang insaniah menurut undang-undang.
No comments:
Post a Comment